7 CARA UNTUK TAHU SESEBUAH HARTANAH ITU BERNILAI

7 CARA UNTUK TAHU SESEBUAH HARTANAH ITU BERNILAIKredit : Najmin Perunding Hartanah 

Terdapat hanya dua(2) sebab kenapa anda membeli hartanah. Pertama adalah untuk duduk sendiri, manakala yang kedua adalah untuk pelaburan. 
..
✪ Jika memilih untuk kegunaan duduk sendiri, terdapat tiga (3) perkara utama yang perlu dipertimbangkan iaitu ketegori keluarga, keperluan dan keinginan.
.
.
✔ Kategori keluarga - adakah anda baru berkahwin, adakah mempunyai anak kecil, adakah ada orang tua duduk sekali, adakah duduk sendiri (bujang) dan sebagainya..
✔ Keperluan - Keperluan merujuk kepada keperluan utama yang perlu diberikan perhatian utama seperti adakah kemudahan utama iaitu terdapat hospital berdekatan, sekolah, rumah kedai, pusat beli belah.
✔ Keinginan - Keinginan merujuk kepada perkara yang "not compulsory but nice to have". Adakah terdapat tasik, ruang bersukan seperti gym berdekatan hartanah tersebut.
.
.
✪ Jika memilih untuk tujuan pelaburan, terdapat dua asas menjana keuntungan iaitu melalui pendapatan sewa (rental income), dan kenaikan harga hartanah (capital appreciation).
Anda perlu meletakkan matlamat yang jelas ketika membeli rumah untuk pelaburan, samaada untuk "rental game" atau "flip". Tedapat banyak parameter yang perlu ditetapkan bergantung kepada strategi anda. Ini akan dibincangkan di dalam post yang lain.
.

=========================================
7 CARA MELIHAT NILAI SESUATU HARTANAH
=========================================
.
.
Diantara cara untuk melihat nilai sesuatu hartanah , adalah dengan melihat apa fasiliti atau kemudahan yang telah sedia ada disesuatu lokasi. Antaranya :-
1) Kemudahan Pusat Beli Belah
2) Berhampiran dengan Lebuh raya atau jalan utama
3) Pusat Latihan dan Institusi Pengajian
4) Radius KM
5) Kemudahan asas seperti masjid, kedai , sekolah
6) Pengangkutan awam - LRT,MRT, Bas
7) Harga hartanah dibawah harga pasaran.
.
.
Pokoknya sesuatu hartanah yang bernilai itu,perlulah berada di lokasi strategik, mudah disewakan, mudah untuk dijual semula, mempunyai potensi kenaikan harga dan memberi pulangan aliran tunai yang positif jika disewakan.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment