APA ITU RPGT @ CKHT?

CUKAI KEUNTUNGAN JUALAN HARTANAH

Creadit to Halim Ali & Firdaus Yaakub

Ilmu ini boleh bantu anda buat rancangan menjual hartanah dengan baik. Mungkin ramai yang tahu pasal RPGT, atau dikenali dengan nama lain sebagai CHKT. Ia nama pendek yang merujuk kepada Cukai Keuntungan Harta Tanah (CHKT). Cukai ini adalah sejenis cukai keuntungan modal yang dikenakan ke atas penjualan hartanah di Malaysia. Kalau korang dah tahu, tahniah saya ucapkan.

Tapi, saya nak tumpukan pada yang masih samar-samar tentang cukai ini. Sebab itu muncul idea dalam otak saya nak kongsikan pekara ini supaya lebih ramai orang tahu. Mari kita sama-sama belajar pasal cukai ini. Yang dah tahu, boleh ulangkaji atau tambah di ruangan komen untuk bantu yang tak tahu. Saya kongsikan pasal ini berdasarkan apa yang ada di blog Tuan Najib Mohamed.


Apa maksud RPGT @ CKHT ?

RPGT = Real Property Gain Tax
CKHT = Cukai Keuntungang Harta Tanah

Menurut Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, CHKT adalah cukai yang dikenakan ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah. Ia adalah cukai yang kita kena bayar dan ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN).


Ia dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan semua jenis hartanah seperti rumah kediaman, bangunan komersial, tanah, atau SAHAM dalam syarikat hartanah.

Kadar CHKT adalah antara 0% hingga 30%, dan ia bergantung kepada tempoh pegangan. Ini merujuk kepada tempoh waktu kita beli sesuatu hartanah hingga tarikh hartanah itu dijual.


Tarikh pemerolehan hartanah merujuk kepada tarikh yang tercatit dalam perjanjian jual beli bersetem, atau Borang KTN 14A bersetem (atau memorandum pindah milik bersetem).
Ia dikenakan ke atas jumlah keuntungan bersih selepas harga jualan ditolak harga belian, dan lain-lain perbelanjaan seperti:
  • duti setem,
  • yuran guaman,
  • bayaran iklan,
  • kos ubahsuai rumah,
  • bayaran pentadbiran,
  • komisyen jualan, atau sebagainya.
Tempoh pegangan adalah daripada tarikh Perjanjian Jual Beli, sehingga tarikh penjualan.
Kedua-dua Individu dan syarikat boleh dikenakan CHKT.

Kenapa kita ada cukai keuntungan hartanah di negara ini?

Sebagai langkah membendung spekulasi hartanah dan elakkan PROPERTY BUBBLE. Dari masa ke semasa, kerajaan boleh membuat keputusan untuk naikkan atau kurangkan CHKT berdasarkan agenda semasa mereka. Pernah berlaku (sekitar April tahun 2007 hingga Disember 2009), CHKT terkecuali dalam dunia hartanah untuk meransang PELABURAN.
CHKT (seperti mana-mana cukai) adalah sumber PENDAPATAN negara.

Bagaimana nak kira CHKT?

Kalau nak lupuskan hartanah dengan kadar keuntungan yang besar, korang kena bayar cukai ke atas keuntungan modal bersih berbanding keuntungan modal kasar. Keuntungan modal kasar boleh dikira dengan mengambil harga jualan yang dikurangkan dengan harga belian.

Keuntungan modal bersih = Keuntungan modal kasar – perbelanjaan kasar, 

perbelanjaan kasar seperti:
  • yuran guaman,
  • yuran agen hartanah (2% hingga 3% daripada harga jualan),
  • yuran pentadbiran,
  • perbelanjaan yang dibuat untuk tingkat-taraf hartanah (seperti kerja ubahsuai rumah dan kerja-kerja reka bentuk dalaman), dan lain-lain perbelanjaan.
Nota: Simpan semua bil atas ini supaya mudah rujukan semula pabila jual hartanah kita.



Contoh kira CHKT adalah seperti berikut:
________________________________________________________________
PERINCIAN                                              KASAR/KOS          JUMLAH         UNTUNG
Harga Jual Hartanah (10 Januari 2014)   RM 300,000
(tolak....)
(Kos Renovation)                                        RM 10,000
(Kos Guaman)                                                RM3,000
[Kos Perunding Hartanah (3%)]                   RM 9,000
(Jumlah Kos Sampingan yang lain)             RM 22,000
                                                                ......................  
Harga Pelupusan Hartanah                         RM 278,000                         RM 278,000
............................................................................................................

Harga Belian pada tahun 2013                                        RM 200,000
(Tambah)
Bayaran Duti Setem                                                             RM 3,000
Kos Guaman                                                                         RM 2,500
Jumlah Kos Pindah Milik                                                      RM 5,500
                                                                                      ......................
Harga Pemerolehan 2013                                                 RM 205,000   
 RM 205,000
..................................................................................................................................KEUNTUNGAN ATAS JUALAN HARTANAH                                                  RM73,000
..................................................................................................................................


dan seterusnya.........




KEUNTUNGAN JUALAN                                         RM 73,000
Tolak pelepasan cukai (Jika ada)
~ Pelepasan = RM 5,000 atau
~10% daripada keuntungan = RM 7,300.                     RM7,300
(yang mana lebih tinggi)                                               
-------------------------------------------------------------------------------
KEUNTUNGAN YANG AKAN DIKENAKAN CUKAI   RM 65,700
--------------------------------------------------------------------

Dan cukai yang perlu dibayar......


Cukai yang dikenakan (Pelupusan Tahun Kedua) = 30% 


CUKAI (RPGT @ CKHT) = 30%  X   RM 65,700
                                  = RM 19,710.

Jadi, jumlah cukai yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 19,710.


Boleh ke CKHT dikecualikan?

BOLEH!!! 
Antara pengecualian CHKT adalah seperti berikut:

Pengecualian ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah sekali dalam seumur hidup kepada individu (jadi, gunakan peluang ini dengan bijak). Pengecualian ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah antara ahli-ahli keluarga. Contohnya:

  • Suami dan isteri,
  • ibu bapa,
  • anak-anak,
  • datuk dan nenek,
  • dan cucu.

Ilmu yang baik akan tambah korang jadi lebih berani dan jelas dan aa yang kamu akan lakukan. Saya harap, perkongsian ini dapat buatkan korang lebih jelas tentang CHKT. Selagi boleh bantu, akan saya bantu dengan sedaya upaya.

Pujian buat korang, kalau korang rajinkan diri ke kelas hartanah atau baca buku tentang hartanah yang ada, TAHNIAH!!!.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment